Friday, 28 February 2014

Gunung Stong , Kelantan (part 2)

Assalamualaikum ..

gambar dirompak di google

for this entry aku nak cerita perjalanan aku ke kem baha . Tempat yang pasti menjadi persinggahan kepada para pendaki . Kalau tak nak singgah pon tak apa , tapi kau larat ke nak mendaki 1422 m sekali gus ? Dah sampai puncak bukan kau boleh stay kat atas , kena turun jugak . sempat ke ? larat ke ? mampu ke ? persoalan yang perlu kau fikir kan ....

Dari kedai makcik tu nak ke tempat mulanya pendakian , kami dibawa oleh van yang dipandu semestinya . bukan van gerak sendiri tanpa pemandu . eh ? 2 van lah opkos .

sesampai sahaja di pintu gerbang gunung stong , kami pendaki terus dibahagikan kepada 3 kumpulan . Hanya pelajar sahaja yang dibahagikan . Akak-akak , abang-abang dan cikgu-cikgu tidak dibahagikan . Hanya pelajar sahaja . and aku masok kumpulan yang ke-3 . Kumpulan yang paling belakang sebab nombor 3 kan . Nombor 1 and 2 dah jalan dulu .

ini gambar masa kembara gua . aku curi kat fb abang yang ikut mendaki tu . sedemikianlah wajah guru , abang n akak yg ikot serta .
Nak ke kem baha kena mendaki 422m . tak tau lah tepat ke 422 tu . Tapi yang pasti nak ke puncak dari kem baha kena mendaki 1000 m . Awal pendakian korang akan nampak kolam mandi yang tak berapa nak bersih dan beberapa resort yang terbengkalai and opkos jugak tidak enak permandangannya . Jalan agak curam dan amat membebankan aku ketika itu . Sebab dalam beg aku ada 3 sleeping bag . Ya Allah berat nya . Semput kot . Nak pengsan jugak aku rasa . Tapi tanpa aku sedari , aku dah sampai kat pondok rehat sebelum sampai kem baha . Tu jerk lah satu-satunya pondok rehat sebelum ke Kem Baha .

Di pondok tu jugak lah aku tukar beg dengan Nadhir . Beg dia idok lah berat mana pon . Beg aku jerk berat . Tapi dia laki kan , mestilah kuat . Dari pondok ke Kem Baha tak lah jauh sangat . Tapi sebab waktu tu hujan renyai-renyai dan laluannya hanyalah tanah merah semata sudah tentulah jalan licin ya amat . So , kene lah jalan perlahan-lahan . :(

Setibanya di Kem Baha , kami terus cari port untuk bina kemah . Ketika itu ramai pulok kau pendaki , tapak kemah bahagian bawah dah kene sapu awal-awal dah . Terpaksa lah kami bina kemah kat tapak kemah dibahagian paling atas . Kalau kat bawah , dekat dengan tempat ambil air terjun dan jugak dekat dengan jamban . Untungnya dekat atas , privasi tahap tip-top . dah sah2 kat atas kan . Sape jerk orang luar berani naik ? Permandangan air terjun pon cantik . Tidur dengar bunyi deruan air . Ya Allah sedap jerk dengar . Tapi tu lah , nak amek air jauh kat bawah . Jamban apatah lagi .

Jangan berangan yang indah tentang jamban ye . Jamban kat Stong tak de flush . Mana dia salur najis pon aku tak tau . Tapi mengikut teori aku , najis tadi akan keluar laju pergi ke hutan . Sebab tu pokok belakang jamban semua tinggi mencecah awan . Almaklumlah , baja segar jadi bahan makanan . Sebelum membuang , kenelah korang bawak baldi ke pinggirang air terjun untuk ambil air ye . Dalam jamban tu tak de paip , getah paip apatah lagi . Yang disediakan hanya baldi dan gayung . SAHAJA !

Seawal aku sampai kat Kem Baha , aku nampak gerai . Tapi tak pernah pulak aku nampak gerai tu bukak . Cikgu cakap , orang yang meniaga kat situ power ya amat . dari bawah hingga ke Kem Baha , mereka hanya memerlukan 1 jam sahaja . Siap bawak tong gas lagi . Hebat kau !

Dibawah adalah gambar kembara gua (gua gelap,gua pagar,gua keris) yang diambil tanpa izin dari fb cikgu hanis . Maaf ye cikgu .

Cikgu hanis . tak ingat dalam gua ape .

Pendaki sekalian . Jadi cari muka aku , serabai nak mampos !




dinding gua ni lah yang berkilat tu . yang tak boleh sentuh tu . tapi dalam gambar tak berkilat pulak .


kau tengok pintu gerbang DIY nie . comel kan ?
dari pintu gerbang nie , kalau terus pergi tempat amek air terjun . Tempat paling selesa lah amek . Lagi satu tempat tu kene turun batu baru sampai . Ke kanan ke tapak perkemahan .

Sampai sini jerk kisah perjalanan aku ke Kem Baha . Wait for the next entry ye babes ...

thanks for reading guys !

No comments: