Saturday, 22 February 2014

Gunung Stong , Kelantan (part 1)

   Baru aku ingat aku tidaklah lagi menceritakan setiap detik waktu aku melangkah ke puncak Stong . Maafkan hamba . Barulah beberapa hari lepas aku teringat bahawa aku pernah beritahu aku nak ke Stong , tapi taklah aku ceritakan . Dan baru lah jugak aku teringat makcik aku pernah tanye "bila nak cerita pasal stong ?" aku cakap "nanti" . amekkau punye nanti sampai nak dekat setahun punye nanti .

   Nak cerita details aku x beberapa nak ingat , so aku cerita mana yang masih tersimpan dalam memori jerk lah . Gambar pon harap maaf ...

   seingat aku lah , kitaorang punya ekpedisi 5 hari . Start from hari khamis *rasanya . Eh jap . rasa macam 3 hari jerk . argh !! aku x ingat ... yang aku ingat kitaorg berkumpul waktu petang and hari tu bukan hari sekolah . Berkumpul kat sekolah . then , kitaorang pegi stesen keretapi kat kulai . Kulai ade stesen keretaapi eh ? oke kat mnew sekalipun yg pasti bukan kat Bandar Johor tu .

   Seronoknya rasa naik keretaapi . Almaklumlah , pertama kali . Dengan ragam kawan2 . Pergh !! menggamit memori betul ! Puas aku berjalan dari hujung keretaapi smpai ke hujung lagi keretaapi . Entah pukul berapa baru tidur . Sampai subuh esok pagi nya .

   Sebelum matahari muncul aku and others dah sampai kelantan . Stong nie kat kelantan . Kitaorang turun kat Dabong . Seingat aku lah , kitaorang tumpang letak barang kat satu kedai ni yang jual barang2 mendaki . Memang tu satu jerk kedai kat situ . Depan sikit kedai runcit , depan lagi warong . lintas sikit rail train jumpa tandas awam . Haha . Kat kedai tu lah kitaorang tumpang solat , tumpang tukar baju . Tak mandi pon . Tukar sebab jap agi nak buat kembara gua .

   Kami dibawa ke gua berdekatan dengan menaiki van . 2 buah van . Sebab team kitaorang tak sikit . Sebanyak 2 buah van muatnya . Gua apa nama pon aku tak ingat lah . Tapi so far memang best jugak lah . Walaupun hanya ada batu . Tapi sebab batu lah aku seronok , cuma yang tak seronoknya aku tak boleh ambil serpihan batu tu .

   Dalam gua memang kene kecikkan badan lah , memandangkan ruang laluan memang kecik . kejap kecik kejap besaq . Ade yang kene baring beralaskan air sebab kecik giler kot ruang jelajah nya . ada gaung . kene turun gaung tu aku seram . Wahaha !! Kene jalan itik dalam gua sbb antara lantai dengan bumbung tu dah dekat2 . Memang tak leyh berdiri .

   Yang menarik perhatian aku , ada sekerat dinding gua yang bewarna putih berkilau . macam kene tabur sparkle disitu . Kami diarahkan untuk tidak memegang dinding gua berkilat . FYI , aku mengumpul batu . salah satu daripada hobi lah . SO , aku rasa kecewa giler biler tak dapat bawak balik batu tersebut .. sob sob . Dalam tengahari jugak lah baru kitaorang keluar dari gua . sepanjang mengembaraan tak de ape2 kecederaan serius berlaku . paling serius pun kene gigit pacat banyak kali . Tapi itu bukan aku .

No comments: