Thursday, 20 May 2021

Berakhirnya sebuah cinta

Hai Assalamualaikum. This entry will be the last episode of my ❤️ label. Untuk pengetahuan semua, hubungan yang dijalinkan sepanjang 3 tahun ini sudah diputuskan dan mendapat persetujuan dari kedua belah pihak atas alasan2 tertentu. officially breaks on 3rd January 2021. Sorry for I take a long time to confess. I try to put my feelings into words but seems like no words can describe what I feel and experienced. I am now taking some times for myself to heal and to trust again. Thank you.

Berbakti pada Alam: Cili

Hai everyone and Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal hobi baru aku yang tak banyak pakai duit kalau pandai berjimat. Hobi yang dapat pulangan yang menyeronokkan.

Aku start bercucuk tanam sejak aku pindah semula duduk dengan my parents. Benih sayur dan buah aku dapat dekat pasar. aku beli untuk makan, biji nya buat benih. Ada yang aku beli dekat kedai RM2 dan ada juga yang pakcik aku belikan dari kedai borong famous dekat Kulai yang aku lupa nama kedai tu apa.

Banyak pokok yang ditanam tapi ada juga yang dah mati kering sebab aku dah pindah keluar dan duduk sendiri. Mana yang sempat aku bawa dan pindahkan ke kilang tu semua selamat dan aku dapat banyak hasil.

Tiap2 hari aku seronok sebab dapat suprise dari pokok2 aku. Contoh hari ni aku dapat cili hijau. Asal benih adalah cili merah, tapi bila tumbuh yang keluar cili hijau. Aku cuba tunggu sampai merah, tapi sayangnya confirm busuk di pokok. Jadi bila hijau matang aku pun petik. 



Inilah cili hijau yang aku dapat hari ni. Separuh aku kongsi dengan pekerja dekat kilang ni. Sebab dekat sini dialah yang siram pokok2 semua tu. jadi hasilnya bahagi 2. Aku tanam suka2 je, hobi masa lapang. Ada hasil aku bagi orang, ada yang aku makan sendiri. Kalau terlebih2 aku sedekah dekat unknown person yang aku jumpa 😅.

Aku pilih pokok2 yang boleh di tanam dalam pasu sahaja. Pokok besar2 macam pokok pelam, pokok rambutan, pokok manggis semua aku tak tanam sebab perlukan ruang yang besar. Kilang ni dah memang sedia ada ada pokok pelam dan jambu batu. So kita tumpang je lah hasil alam orang lain. 

Jom lah aku cerita dari awal sampai akhir penanaman cili hijau. Tips2 lain boleh baca dari blog lain sebab aku pun tak berapa berilmu pasal sains alam ni.

1. Beli benih dari trusted seller. Sebelum beli tengok dan baca dulu review dari orang lain. Check tarikh luput sebelum beli.

2. Sediakan polybag size kecik, isikan tanah (aku guna tanah bakar). Siram bagi tanah basah. Buat lubang, masukkan benih cili (aku letak 3 biji dalam setiap lubang, satu polybag aku buat 4 lubang). Kambus dan titikkan air.

3. Siram polybag 2 kali sehari. Pagi dan petang. Awal pagi sebelum matahari keluar dan lewat petang selepas matahari hilang. Time mendung2 gitu. 

Buat dengan konsisten oke. 

4. Bila anak pokok dah keluar dan dah tinggi sila pindahkan ke pasu atau polybag yang lebih besar. Masa ni boleh pilih mana anak pokok yang nak dipindahkan dan mana yang nak dibuang. Selalu aku buang mana yang tumbuh senget yang batang pelik, yang kurang upaya semua aku buang. 

Tips siram: cedok air pakai tangan dan titik2 kan je kat anak pokok. Kalau pakai penyiram macam shower tu nnt anak pokok patah. Bila batang dah kuat baru pakai penyiram.

5. Konsisten lah menyiram 2 kali sehari sampai dapat hasil.

6. Baja seminggu sekali bila dah rasa pokok dah kuat. Ada yang kata boleh baja walaupun pokok masih kecik. Tapi aku risau anak pokok mati so aku baja bila pokok sudah remaja.

7. Rajin2 gemburkan tanah untuk mudahkan tanah serap air. Aku tak ada masa so aku gemburkan tanah seminggu sekali sebelum aku baja pokok2 aku. Sekali dengan buang rumput2 yang tak diundang.

8. Kalau rajin boleh lah check pokok malam2 untuk buang siput BABI dan ulat2 yang datang. Diorang memang suka datang waktu gelap sunyi sejuk berembun. Sila hati2 sbb waktu ni ular dan katak pun boleh ada sekali. Aku tak letak insect repellent dekat pokok. Mana yang dah kene makan ulat aku komposkan, mana yang elok aku makan.
itu jelah untuk cerita hari ni. aku tengah tunggu kelapa aku besar. Pokok kelapa aku famous selalu ada je orang ambil. Tau2 je hilang.