Tuesday, 16 June 2020

Selamat Tinggal Pakcik Abdul Hadi bin Rosley

Assalamualaikum.

Isnin, 15 Jun 2020.

3 kali Amir call aku, 3.29am, 3.54am. tapi hanya miscall. Panggilan ketiga 3.55am,  baru aku sedar dan angkat call.

“Jah, Ayah dah takde jah. Ayah dah takde”

Aku diam terkedu. Berlari aku kebawah, cari ruang privasi, sebab takut ganggu adik tidur. Kat bawah aku dengar lagi

“jah ayah dah takde jah. Aku tak kuat jah”

Aku masih diam dan mampu berkata “kau kuat mir”

“jah tolong inform dalam group” “ok Amir” “terima kasih jah”

Aku mamai. Lama aku termenung. Bila sel-sel otak dah berhubung, terduduk aku.

Ayah dah tak de?

Menggigil tangan pegang telefon. Aku nak tulis apa ni. Otak jem.

Dapat juga lah aku hantar notice ke ws beritahu ayah amir dah tak ada. Walaupun ayatnya terabur. Asal mesejnya sampai.

Aku naik ke atas, Kehulu kehilir. Aku ke tandas, buka pintu tutup pintu. Perlu ke aku kejut mak sekarang? Aku nak balik ipoh ni.

Aku tengok jam pukul 4 . aku kejut mak

"Mak mak, ayah amir dah x de. Nak buat apa ni?"

Mak pun mamai

"Innalillah wainnalillah hirojiun". Lalu tutup pintu. Aku sambung gelabah sorang dalam bilik.

Beberapa detik, mak masuk bilik aku. Macam mana boleh meninggal?

Aku cakap aku tak tahu. Nak naik ipoh ke?

Mak cakap tak boleh lah hari ni. Hujung minggu ni kalau nak naik tumpang kakak.

Terdiam. Macam mana aku nak balik ipoh ni. Aku check flight. Flight tak ada. Bas paling awal pukul 8am. Hermm tak sempat sampai ni. Bas ke KL pukul 6am. Sempat insyaallah. Tapi ke KL. Tak sempat juga ni. Sekarang pukul 5. Nak kejar bas pun tak sempat.

Tapi, mak tak izinkan. Aku pasrah.

Aku call Amir, tak angkat. Aku call ira. “Ira, abang mana?” “ Abang pergi forensic. Ira balik nak kene kemas rumah”.

“Ira apa jadi sebenarnya?”  “Pukul 2 lebih ayah sesak nafas. Call ambulans, doctor kata tekanan darah rendah, nadi rendah, dah takde harapan ni. Pukul 3.45 gitu ayah dah tak de”.

“Oke lah ira kalau ada apa-apa akak call. Jaga diri”.

Aku terus whatsap  Amir. “Mir aku dah check bas, tak sempat sampai ni”

Amir reply “tak pe tak pe, jangan rushing” lepas tu dia call. “Tak pe. Jangan rushing”. Aku dengar suara paktam kat sebelah. “Jangan rushing”.

Kurang sikit rasa cemas aku, tapi masih cari jalan nak kesana.

Macam mana ni?

Aku menangis sampai terlelap. aku bangun, nangis lagi. Jiwa aku meronta-meronta nak tahu perkembangan situasi kat sana. Tapi aku tahan diri. Biarkan Amir uruskan sampai selesai. Jangan ganggu.

Aku mandi dengan lama. Teresak sampai bengkak mata. Terus aku bersiap turun nak makan. Waktu tu dalam pukul 3.

Aku bukak cerita ejen ali. Sebagai peneman biar tak sunyi. Nak hiburkan hati kononnya. Makan seorang diri di dapur. Diam tak berkata. Sugul.

Mak datang. “ayah amir dah kebumi?” “tak tahu, malam ni Adik Ija naik bas pergi ipoh boleh?”

“Kau ni kenapa tak reti sabar sangat! Takkan org sana tak faham!” ye aku kene marah.

Aku hanya jawab “ntah”, mata sudah berkaca. Cepat aku makan, terus naik atas. Aku hempas pintu tanda protes.

Ayah amir tak de, sampai hati mak ye.

Mungkin mak tak faham talian persaudaraan antara kami. Ayah amir layan aku seperti anak sendiri. Tak pernah sekali aku rasa diri aku ni orang luar. Kalau salah, kene marah. Tidur bangun meradang pun kene tegur tau.

Kecil hati aku, kalau mak mati nanti dan aku duduk jauh, tak payah aku susah diri balik. Lepas seminggu baru jenguk kubur. Aku dendam akan balas balik perbuatan mak hari ni.

Mungkin ada betulnya aku perlu sabar. Tapi entah, fikiran tak waras. Aku tarik nafas. Pasrah sahaja. Baik buruk itu mak aku.

Amir wasap cakap ayah dah selesai kebumi. Alhamdulillah.

Hilang. Hermm risau lagi aku.

Matahari hilang. Aku kena whatsapp ni.  “sayang”

Direply. “Ye syg?”

“tengah buat apa dekat sana?”

“ada adik beradik belah ibu. Tadi lepas maghrib tahlil dengan family je”

Aku minta izin untuk call atau video call. Biasalah . Memang selalu minta izin dulu.

Kami pun video call.

Senyap

“aku oke lah jangan risau”

Berderai air mata aku. Titis demi titis. Aku lap pakai selimut spongebob kesayangan aku.

“ayah dah x de dah” makin berderai bila amir kata begitu.

“Dah Jah jangan nangis”.  Eh dia pulak yang pujuk kita. Bukan kita pujuk dia.

Aku cuba cerita sedikit-sedikit , “dina call pagi tadi, ayie call syaddad dulu, baru syaddad ws aku”. Cuba mencari topik. Tapi suara tersekat2. Hati ini masih tak redha.

Amir pass phone ke Ira. Mampu kami berdua ketawa dengan sedikit lawak bodoh. Ira demam kura-kura. Dia mengadu. Kesian adik akak sorang ni. Habis berbual phone dipass kepada Amir semula. Sempat Effy menjengah. Ehh budak sorang ni.

Ketawa juga aku hari ni. Nak bercakap dengan ibu, ibu tengah berbual dengan saudara-mara. Tak pe lah. Sampai kan sahaja salam aku.




Sesudah vc, amir suruh tunggu dia nak send video. Video perjalanan ayah ke tapak perkuburan. Video ayah dimasukkan keliang lahad. Bangga aku lihat  Amir yang menemani ayah sepanjang perjalan. Amir turun kan ayah ke rumah barunya. Lembut sahaja dia mengendong kaki. Pelukan terakhir. Dapat dibezakan cara pegangan seorang anak dengan yang bukan. Berbeza. Video ayah diselimutkan sepenuhnya dengan tanah. Menitis lagi air mata aku. Baik sunguh hati ayah ini. Ramai teman yang datang nak beri penghormatan untuk ayah.


Sebelum tidur sempat kami berborak sekejap sebelum Amir melayan teman yang datang menziarah dari Kuala Kangsar dan aku menyambung menonton ejen ali. Habis, kami seperti biasa, menghantar beberapa pesanan sebelum membenarkan kelopak mata bercumbu.

Malam yang tidak terurus bagi aku. Dibuai rasa kesal kerana tidak berada di Ipoh pada waktu itu. Menangis aku sampai lena.

 

Selasa, 16 Jun 2020

Ucapan selamat pagi buat kekasih hati. Doa agar dia terus kuat dan tabah.

Doa doa yang aku titipkan buat insan-insan di Ipoh yang aku sayang. Tanpa sedetik memikirkan tentang diri. Aku menangis sendiri. Allah, aku tak kuat.

Beberapa kata dan gambar luahan hati aku pos di status whatsapp. Agar kurang rasa sayu di hati ini. Mungkin selepas segalanya diluahkan, aku kuat.

Ternyata tidak. Seorang demi seorang kawan-kawan whatsapp. Mengucapkan takziah buat aku dan amir. Mendoakan kami agar kuat dan berpanjangan jodohnya. Amin dan terima kasih,

Baru noti aku sudah menangis. Noti lagi, aku menangis lagi.

Eh period aku dah habis ni.

Cepat aku ke tandas untuk periksa. Oke kering.

Mandi. Sama seperti semalam. Meraung tanpa suara. Sakit nya aku rasa. Mengambil masa yang lama untuk aku sedar yang aku perlu berhenti menitiskan air mata. 

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

Aku bersiap. Herm deodorant yang aku pakai sama seperti deodorant ayah pakai. Senyum aku sendiri. Tak pernah aku cium ketiak ayah. Tapi aku tahu masa Amir kemas barang ayah masa kat HKL dulu.

Aku melakukan solat zohor dan Qada solat subuh. Sujud terakhir aku titipkan doa buat kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa amir. Aku amalkan sejak kami mula berkawan. Ibu ayah dia juga, ibu ayah aku. Sesudah solat aku teruskan dengan amalan yang lain.  Ayatul kursi, zikir ringkas dan doa sesudah solat. Aku berdoa supaya hati aku dan Amir redha dengan segala ketentuan ini. Berat rasa hati ini. Ya Allah tolonglah berikan kami rasa redha. Aku tahu ini lah yang terbaik buat ayah dan kami.

Amir ada urusan yang perlu diselesaikan. Sempat dia ke kedai gunting rambut. Saja bagi hilang rasa sedih katanya. Makin sedih aku dibuatnya.

2 hari aku habiskan masa dibilik. Makan sekadar makan untuk menutup omelan mak. Aku tak rasa lapar. Haus pun tidak. Terbaring sambil mengenang kenangan. Pedih yang aku rasa.

Aku cuba kuat dari hari semalam. Aku ambil laptop dan mula mengarang. Aku tak nak memori-memori ini hilang. Biar aku tulis. Bila hati rindu, boleh juga aku baca semula.

Selamat Tinggal Pakcik Abdul Hadi bin Rosley.