Thursday, 20 May 2021

Berakhirnya sebuah cinta

Hai Assalamualaikum. This entry will be the last episode of my ❤️ label. Untuk pengetahuan semua, hubungan yang dijalinkan sepanjang 3 tahun ini sudah diputuskan dan mendapat persetujuan dari kedua belah pihak atas alasan2 tertentu. officially breaks on 3rd January 2021. Sorry for I take a long time to confess. I try to put my feelings into words but seems like no words can describe what I feel and experienced. I am now taking some times for myself to heal and to trust again. Thank you.

Berbakti pada Alam: Cili

Hai everyone and Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal hobi baru aku yang tak banyak pakai duit kalau pandai berjimat. Hobi yang dapat pulangan yang menyeronokkan.

Aku start bercucuk tanam sejak aku pindah semula duduk dengan my parents. Benih sayur dan buah aku dapat dekat pasar. aku beli untuk makan, biji nya buat benih. Ada yang aku beli dekat kedai RM2 dan ada juga yang pakcik aku belikan dari kedai borong famous dekat Kulai yang aku lupa nama kedai tu apa.

Banyak pokok yang ditanam tapi ada juga yang dah mati kering sebab aku dah pindah keluar dan duduk sendiri. Mana yang sempat aku bawa dan pindahkan ke kilang tu semua selamat dan aku dapat banyak hasil.

Tiap2 hari aku seronok sebab dapat suprise dari pokok2 aku. Contoh hari ni aku dapat cili hijau. Asal benih adalah cili merah, tapi bila tumbuh yang keluar cili hijau. Aku cuba tunggu sampai merah, tapi sayangnya confirm busuk di pokok. Jadi bila hijau matang aku pun petik. 



Inilah cili hijau yang aku dapat hari ni. Separuh aku kongsi dengan pekerja dekat kilang ni. Sebab dekat sini dialah yang siram pokok2 semua tu. jadi hasilnya bahagi 2. Aku tanam suka2 je, hobi masa lapang. Ada hasil aku bagi orang, ada yang aku makan sendiri. Kalau terlebih2 aku sedekah dekat unknown person yang aku jumpa πŸ˜….

Aku pilih pokok2 yang boleh di tanam dalam pasu sahaja. Pokok besar2 macam pokok pelam, pokok rambutan, pokok manggis semua aku tak tanam sebab perlukan ruang yang besar. Kilang ni dah memang sedia ada ada pokok pelam dan jambu batu. So kita tumpang je lah hasil alam orang lain. 

Jom lah aku cerita dari awal sampai akhir penanaman cili hijau. Tips2 lain boleh baca dari blog lain sebab aku pun tak berapa berilmu pasal sains alam ni.

1. Beli benih dari trusted seller. Sebelum beli tengok dan baca dulu review dari orang lain. Check tarikh luput sebelum beli.

2. Sediakan polybag size kecik, isikan tanah (aku guna tanah bakar). Siram bagi tanah basah. Buat lubang, masukkan benih cili (aku letak 3 biji dalam setiap lubang, satu polybag aku buat 4 lubang). Kambus dan titikkan air.

3. Siram polybag 2 kali sehari. Pagi dan petang. Awal pagi sebelum matahari keluar dan lewat petang selepas matahari hilang. Time mendung2 gitu. 

Buat dengan konsisten oke. 

4. Bila anak pokok dah keluar dan dah tinggi sila pindahkan ke pasu atau polybag yang lebih besar. Masa ni boleh pilih mana anak pokok yang nak dipindahkan dan mana yang nak dibuang. Selalu aku buang mana yang tumbuh senget yang batang pelik, yang kurang upaya semua aku buang. 

Tips siram: cedok air pakai tangan dan titik2 kan je kat anak pokok. Kalau pakai penyiram macam shower tu nnt anak pokok patah. Bila batang dah kuat baru pakai penyiram.

5. Konsisten lah menyiram 2 kali sehari sampai dapat hasil.

6. Baja seminggu sekali bila dah rasa pokok dah kuat. Ada yang kata boleh baja walaupun pokok masih kecik. Tapi aku risau anak pokok mati so aku baja bila pokok sudah remaja.

7. Rajin2 gemburkan tanah untuk mudahkan tanah serap air. Aku tak ada masa so aku gemburkan tanah seminggu sekali sebelum aku baja pokok2 aku. Sekali dengan buang rumput2 yang tak diundang.

8. Kalau rajin boleh lah check pokok malam2 untuk buang siput BABI dan ulat2 yang datang. Diorang memang suka datang waktu gelap sunyi sejuk berembun. Sila hati2 sbb waktu ni ular dan katak pun boleh ada sekali. Aku tak letak insect repellent dekat pokok. Mana yang dah kene makan ulat aku komposkan, mana yang elok aku makan.
itu jelah untuk cerita hari ni. aku tengah tunggu kelapa aku besar. Pokok kelapa aku famous selalu ada je orang ambil. Tau2 je hilang.

Tuesday, 19 January 2021

Ayah ❣️

Ayah, The one who take extra care of me, Who check if i had taken my meal or not. Who serve a warm drink to his daughter. Who ask if his daughter okay or not. Who push his daughter forward to chase her dream. Who willingly to sacrifice anything for her daughter. At this moment, I am bless My heart had been broke, By someone whom I love and wish to spend the rest of my life with. By someone who I had spent my past 3 years together. By someone who said he can’t live without me. By someone who have been promise anything and everything. I am broken. Pieces into pieces. But, I am a strong woman, I wipe my tears. Nothing change. I play, I laugh, I show them that I am okay. I eat my meals. I don’t skip any meals. I continue my life just like before. No change. But to my father, Even I show him that I am strong. No tears, only laughter. But still, He cares. Even more. Thank you.

Tuesday, 16 June 2020

Selamat Tinggal Pakcik Abdul Hadi bin Rosley

Assalamualaikum.

Isnin, 15 Jun 2020.

3 kali Amir call aku, 3.29am, 3.54am. tapi hanya miscall. Panggilan ketiga 3.55am,  baru aku sedar dan angkat call.

“Jah, Ayah dah takde jah. Ayah dah takde”

Aku diam terkedu. Berlari aku kebawah, cari ruang privasi, sebab takut ganggu adik tidur. Kat bawah aku dengar lagi

“jah ayah dah takde jah. Aku tak kuat jah”

Aku masih diam dan mampu berkata “kau kuat mir”

“jah tolong inform dalam group” “ok Amir” “terima kasih jah”

Aku mamai. Lama aku termenung. Bila sel-sel otak dah berhubung, terduduk aku.

Ayah dah tak de?

Menggigil tangan pegang telefon. Aku nak tulis apa ni. Otak jem.

Dapat juga lah aku hantar notice ke ws beritahu ayah amir dah tak ada. Walaupun ayatnya terabur. Asal mesejnya sampai.

Aku naik ke atas, Kehulu kehilir. Aku ke tandas, buka pintu tutup pintu. Perlu ke aku kejut mak sekarang? Aku nak balik ipoh ni.

Aku tengok jam pukul 4 . aku kejut mak

"Mak mak, ayah amir dah x de. Nak buat apa ni?"

Mak pun mamai

"Innalillah wainnalillah hirojiun". Lalu tutup pintu. Aku sambung gelabah sorang dalam bilik.

Beberapa detik, mak masuk bilik aku. Macam mana boleh meninggal?

Aku cakap aku tak tahu. Nak naik ipoh ke?

Mak cakap tak boleh lah hari ni. Hujung minggu ni kalau nak naik tumpang kakak.

Terdiam. Macam mana aku nak balik ipoh ni. Aku check flight. Flight tak ada. Bas paling awal pukul 8am. Hermm tak sempat sampai ni. Bas ke KL pukul 6am. Sempat insyaallah. Tapi ke KL. Tak sempat juga ni. Sekarang pukul 5. Nak kejar bas pun tak sempat.

Tapi, mak tak izinkan. Aku pasrah.

Aku call Amir, tak angkat. Aku call ira. “Ira, abang mana?” “ Abang pergi forensic. Ira balik nak kene kemas rumah”.

“Ira apa jadi sebenarnya?”  “Pukul 2 lebih ayah sesak nafas. Call ambulans, doctor kata tekanan darah rendah, nadi rendah, dah takde harapan ni. Pukul 3.45 gitu ayah dah tak de”.

“Oke lah ira kalau ada apa-apa akak call. Jaga diri”.

Aku terus whatsap  Amir. “Mir aku dah check bas, tak sempat sampai ni”

Amir reply “tak pe tak pe, jangan rushing” lepas tu dia call. “Tak pe. Jangan rushing”. Aku dengar suara paktam kat sebelah. “Jangan rushing”.

Kurang sikit rasa cemas aku, tapi masih cari jalan nak kesana.

Macam mana ni?

Aku menangis sampai terlelap. aku bangun, nangis lagi. Jiwa aku meronta-meronta nak tahu perkembangan situasi kat sana. Tapi aku tahan diri. Biarkan Amir uruskan sampai selesai. Jangan ganggu.

Aku mandi dengan lama. Teresak sampai bengkak mata. Terus aku bersiap turun nak makan. Waktu tu dalam pukul 3.

Aku bukak cerita ejen ali. Sebagai peneman biar tak sunyi. Nak hiburkan hati kononnya. Makan seorang diri di dapur. Diam tak berkata. Sugul.

Mak datang. “ayah amir dah kebumi?” “tak tahu, malam ni Adik Ija naik bas pergi ipoh boleh?”

“Kau ni kenapa tak reti sabar sangat! Takkan org sana tak faham!” ye aku kene marah.

Aku hanya jawab “ntah”, mata sudah berkaca. Cepat aku makan, terus naik atas. Aku hempas pintu tanda protes.

Ayah amir tak de, sampai hati mak ye.

Mungkin mak tak faham talian persaudaraan antara kami. Ayah amir layan aku seperti anak sendiri. Tak pernah sekali aku rasa diri aku ni orang luar. Kalau salah, kene marah. Tidur bangun meradang pun kene tegur tau.

Kecil hati aku, kalau mak mati nanti dan aku duduk jauh, tak payah aku susah diri balik. Lepas seminggu baru jenguk kubur. Aku dendam akan balas balik perbuatan mak hari ni.

Mungkin ada betulnya aku perlu sabar. Tapi entah, fikiran tak waras. Aku tarik nafas. Pasrah sahaja. Baik buruk itu mak aku.

Amir wasap cakap ayah dah selesai kebumi. Alhamdulillah.

Hilang. Hermm risau lagi aku.

Matahari hilang. Aku kena whatsapp ni.  “sayang”

Direply. “Ye syg?”

“tengah buat apa dekat sana?”

“ada adik beradik belah ibu. Tadi lepas maghrib tahlil dengan family je”

Aku minta izin untuk call atau video call. Biasalah . Memang selalu minta izin dulu.

Kami pun video call.

Senyap

“aku oke lah jangan risau”

Berderai air mata aku. Titis demi titis. Aku lap pakai selimut spongebob kesayangan aku.

“ayah dah x de dah” makin berderai bila amir kata begitu.

“Dah Jah jangan nangis”.  Eh dia pulak yang pujuk kita. Bukan kita pujuk dia.

Aku cuba cerita sedikit-sedikit , “dina call pagi tadi, ayie call syaddad dulu, baru syaddad ws aku”. Cuba mencari topik. Tapi suara tersekat2. Hati ini masih tak redha.

Amir pass phone ke Ira. Mampu kami berdua ketawa dengan sedikit lawak bodoh. Ira demam kura-kura. Dia mengadu. Kesian adik akak sorang ni. Habis berbual phone dipass kepada Amir semula. Sempat Effy menjengah. Ehh budak sorang ni.

Ketawa juga aku hari ni. Nak bercakap dengan ibu, ibu tengah berbual dengan saudara-mara. Tak pe lah. Sampai kan sahaja salam aku.




Sesudah vc, amir suruh tunggu dia nak send video. Video perjalanan ayah ke tapak perkuburan. Video ayah dimasukkan keliang lahad. Bangga aku lihat  Amir yang menemani ayah sepanjang perjalan. Amir turun kan ayah ke rumah barunya. Lembut sahaja dia mengendong kaki. Pelukan terakhir. Dapat dibezakan cara pegangan seorang anak dengan yang bukan. Berbeza. Video ayah diselimutkan sepenuhnya dengan tanah. Menitis lagi air mata aku. Baik sunguh hati ayah ini. Ramai teman yang datang nak beri penghormatan untuk ayah.


Sebelum tidur sempat kami berborak sekejap sebelum Amir melayan teman yang datang menziarah dari Kuala Kangsar dan aku menyambung menonton ejen ali. Habis, kami seperti biasa, menghantar beberapa pesanan sebelum membenarkan kelopak mata bercumbu.

Malam yang tidak terurus bagi aku. Dibuai rasa kesal kerana tidak berada di Ipoh pada waktu itu. Menangis aku sampai lena.

 

Selasa, 16 Jun 2020

Ucapan selamat pagi buat kekasih hati. Doa agar dia terus kuat dan tabah.

Doa doa yang aku titipkan buat insan-insan di Ipoh yang aku sayang. Tanpa sedetik memikirkan tentang diri. Aku menangis sendiri. Allah, aku tak kuat.

Beberapa kata dan gambar luahan hati aku pos di status whatsapp. Agar kurang rasa sayu di hati ini. Mungkin selepas segalanya diluahkan, aku kuat.

Ternyata tidak. Seorang demi seorang kawan-kawan whatsapp. Mengucapkan takziah buat aku dan amir. Mendoakan kami agar kuat dan berpanjangan jodohnya. Amin dan terima kasih,

Baru noti aku sudah menangis. Noti lagi, aku menangis lagi.

Eh period aku dah habis ni.

Cepat aku ke tandas untuk periksa. Oke kering.

Mandi. Sama seperti semalam. Meraung tanpa suara. Sakit nya aku rasa. Mengambil masa yang lama untuk aku sedar yang aku perlu berhenti menitiskan air mata. 

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

Aku bersiap. Herm deodorant yang aku pakai sama seperti deodorant ayah pakai. Senyum aku sendiri. Tak pernah aku cium ketiak ayah. Tapi aku tahu masa Amir kemas barang ayah masa kat HKL dulu.

Aku melakukan solat zohor dan Qada solat subuh. Sujud terakhir aku titipkan doa buat kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa amir. Aku amalkan sejak kami mula berkawan. Ibu ayah dia juga, ibu ayah aku. Sesudah solat aku teruskan dengan amalan yang lain.  Ayatul kursi, zikir ringkas dan doa sesudah solat. Aku berdoa supaya hati aku dan Amir redha dengan segala ketentuan ini. Berat rasa hati ini. Ya Allah tolonglah berikan kami rasa redha. Aku tahu ini lah yang terbaik buat ayah dan kami.

Amir ada urusan yang perlu diselesaikan. Sempat dia ke kedai gunting rambut. Saja bagi hilang rasa sedih katanya. Makin sedih aku dibuatnya.

2 hari aku habiskan masa dibilik. Makan sekadar makan untuk menutup omelan mak. Aku tak rasa lapar. Haus pun tidak. Terbaring sambil mengenang kenangan. Pedih yang aku rasa.

Aku cuba kuat dari hari semalam. Aku ambil laptop dan mula mengarang. Aku tak nak memori-memori ini hilang. Biar aku tulis. Bila hati rindu, boleh juga aku baca semula.

Selamat Tinggal Pakcik Abdul Hadi bin Rosley.


Friday, 1 December 2017

assalamualaikum,

A few days ago i soaked my telekung in clorox and my favourite purple flower on my telekung turns to white in color. So frustrated like weyh my telekung and its my favourite so far.

Another favourite telekung kainnya dah terkorban sem lepas. Terbang masuk rumah senior and u know bila rumah senior kau akan "k x pe bye kain" (aku kan palapes)

telekung lagi satu barai and i x minat so selamat kau dalam almari kat JB kah kah kah

Terjadi pula satu ketika aku scroll instagram boleh terusha telekung arafah and its only cost rm30. Tak ada lah corak bunga-bunga just a few lines yang dibezakan dengan warna. Aku dok usha punya usha berkenan hat putih tu 

 haa yang ni yang ni. 

hahahaha
aku tak minat sangat telekung warna meriah sangat tu . kalau nice2 nak ke putih tu oke lah boleh consider. telekung Arafah semua warna nak bagi orang nampak dari jauh 😊. nice marketing.

Tapikan,
kain dia hahahahahahahahahhahahahaha
kain dia oke je nice, sejuk, jenis kain berat so u dont have to worry your telekung flip kedepan.
jalan2 pun oke x menggerbang.

but for me,
kain dia mashaAllah sistur. ni kalau aku pakai mau x solat jemaah dalam masjid tu woiii.
masalah kat aku sebenarnya πŸ˜•kain x de masalah pun. 

sistur, fahamkan masalah kain yang jenis melekat dan yourssss. (harap faham)
 macam-macam kes weyh jadi bila pakai telekung jenis kain ni taubat dah sistur .lagi-lagi bila jalan jumpa lelaki tak guna kan. haishhh. tak mau dah lah pakai tapi tu lah lawa menarik hati weyh arafah ni *sobsob*

Mohon ada yang suggest any telekung yang nice sangat2 dan menepati citarasa aku.
p/s: aku cerewet sangat-sangat

 tak ceria langsung telekung aku 


Monday, 9 October 2017

#3 HAPPY BIRTHDAY AMIR

3 OCTOBER

Its his day.
His birthday.

Hadiah dah ready since 30 september lagi.
Clueless. Tak tahu nak bagi hadiah apa.
Before, every year kitaorang akan pergi dinner. Just dinner.
I want to have at least something to remember.
Trying so hard.
Planning on surprise, but we are pack with class and test.
Searching for a present. Clueless well, im not use giving present to people. So it quiet challenging for me.
Scrolling ig and found this.
Asking him is it cute? He said yes.
Colour? Dark. Pattern? yours, so u choose.


Yes, he doesnt get the idea that this plushie is for him. Order on Friday and got on Saturday.
Adding his name for some sentimental value.
Evening after done doing all my assignment (struggling so hard), I ask him to have a dinner.
Western.
Because i know he like western food.
We decided on Hannah cookies,Perlis.


An hour with him. Then we went home. Preparing for next day.
No lovely talk but its a lovely moment. Thank you.

Today, while writing this entry, im so bless to have him in my life. On my bad day, he knows how to make me laugh.
He will make sure u laugh everyday even if you have a bad day. No sad tears will flowing out.
Thank You.





Plushie got from bysya.com COD to Kangar/Changlun


Thank you XOXO

FestKAP UniMAP

assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal festkap. Festival Kebudayaan antara Pusat Pengajian anjuran UKR Unimap.
banyak aktiviti yang dianjur such as pertandingan bank akustik, syair, lagu patriotik, lagu irama melayu and pertandingan tarian seni kreatif. Guess what? aku tak join tarian eventhough dah menari since 2009 lagi *sobsob*. Its okay im fine *lap air mata . So, aku join bank akustik and be the vocalist. Not only me, Ipey too.

Macam mana boleh join?
lunch hour hari selasa(kot) Halim call. He said they need a lady in their group and invite me to be their vokalist. Aku pun memang nak join festkap kan so ibarat orang ngantuk disorongkan bantal dengan laju nya aku terima tawaran Halim. Lepas lunch terus jamming kot. Perform x?

28/9/2017 Khamis
Hari pemilihan untuk ke final. Harapan 50-50 sebab sedar diri suara tak sedap. Vokalist group lain lagi tiptop meletop pop pop. Kalau ikut band aku yakin lah sebab band kitaorg mmg best pun weyh. Our guitarist memang style habis. Memang adore gila tengok dia main gitar. Nama panggilan "Pame" boleh check Ig aku untuk cari Ig dia. 
Waktu mengumumkan keputusan..........
berdebar habis tahap jantung nak terkeluar dari soket. Berdoa dari habis perfomance sampai tak hirau langsung any perfomance by any group. and syukur alhamdullilah band kami terpilih top 5 from 12 untuk ke final.

Baju marroon - band
kemeja - abangAji (mentor)
rest- suppoter


<3 <3 <3


So u can how happy we are


Habis suka ria esok petangnya terus prepare for final since final only 2 days ahead. I repeat again .. 2DAYS. and kene tambah satu lagu patriotik.

Jumaat dari petang sampai malam berlatih lagu semerah padi then sabtu after lunch dapat tau lagu tu tak boleh pakai and we have to change our song. ppffftttt. 
Sabtu, 2pm semua dah berkumpul dekat UKR untuk training dengan abang Aji. Tukar lagu to Malaysia Baru version ala-ala 60-an. Abang Aji susun lagu for us and ditokok tambah bagi sedap perisa oleh Pame. Berlatih untuk satu hari je ok. Aku dah tak yakin dah time ni but still show my best for the sake of our group.

Ahad, 1/10/2017.
Cabut no undi, group ke2. Nervous kemain and I so hyper this day. Sumpah hyper giloorsss.
Dengan lirik kejap ingat kejap tak. But alhamdullillah everythings went well. Masa Lagu Malaysia baru supporters siap menari twist tu memang buat kita rasa best lah. Moral almost down bila kawan-kawan tak dapat datang sebab esoknya ada test and ada ko-k. Lagi down Amir 50-50 je boleh datang sebab dia ada program. But suddenly that night, syerah min aina fiqah datang jugak malam tu and Amir ada je eventhough celup2 macam biskut.

Jumpa kejap nak ambil gambar je

rehearsal petang
before show

TUAN RAZI



Add caption
cuba teka menang tak ? mestilaaaaaahhhhh

MENANG !! 2nd places.
gaya macam juara AJL je. Mana tak nya, tak sangka boleh menang. Terima BangJi yang sentiasa yakin dengan kami. You are the best mentor among others.

METAMORPHOSIS BAND


SUPPORTERS2 TERCHENTAA

TQ XOXO


Hadiah tempat pertama - RM400 + Piala kumpulan
Hadiah tempat kedua - RM300 + Piala kumpulan
Hadiah tempat ketiga - RM200 + Piala kumpulan


Piala akan diletakkan di dalam almari cenderahati di ruang legar pejabat Pusat Pengajian Alam Sekitar disertakan dengan sekeping gambar band kami *senyum sampai telinga.
Thanks semua yang support yang mengajar yang membantu kami selama ini.

video persembahan kami boleh klik


i cant watching my own video. maluu gila rasa nak pecah kan je screen laptop ni.

Sekian XOXO